Wednesday 23 January 2019

PENCEMARAN AIR

PENCEMARAN AIR

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusi apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah menusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan megurangkan kandungan oksigen dalam air. Hidupan laut akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang tercemar ini.



Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Air

Langkah-langkah berkesan yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi pencemaran air adalah seperti berikut :

a) Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling dipertingkatkan dengan menyekat pencemaran dari punca sisa-sia kumbahan daripada industri dan loji-loji perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Kemudian, kerajaan tempatan mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan kerajaan tempatan memasang penapis sisa makanan untuk menhalang sisa makanan minyak disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya.


b) Melaksanakan program 'Peningkatan kualiti Air Sungai' untuk mempertingkatkan kualiti air sungai aktiviti peningkatan kualiti air sungai.


c) Kesedaran mengenai kepentingan air sungai dipertingkatkan aktiviti-aktiviti meningkatkan kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid dan orang ramai harus dipertingkatkan dalam usaha menyelesaikan masalah pencemaran air. Pada masa yang sama, pihak-pihak yang melakukan kesalahan dengan mencemarkan sungai atau alam sekitar, jika disabitkan kesalahan terus dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.




DISEDIAKAN OLEH : NUR ALIA SHAFIQA BINTI NORASWADI (30DIB17F2012)



No comments:

Post a Comment