Wednesday 20 March 2019

PROGRAM CSR POLITEKNIK

               Pada 7 Mac 2019, Kelab mesra alam telah mengadakan program csr yang melibatkan beberapa orang pelajar dari kelab mesra alam untuk mengecat bilik HEP







Aktiviti ini mengajar kami erti kerjasama dan sabar. 

DITULIS OLEH: SITI NORAINI BINTI YUSOF
                             (30DIB17F2044)
                             

PROGRAM CSR DI ZOO MELAKA

                Pada 28 Februari 2019, Kelab mesra alam Poltiteknik METrO Johor Bahru (PMJB) telah menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial koperat atau CSR di Zoo Melaka. Seramai 25 orang pelajar serta 3 orang pensyarah pengiring telah mengikuti program ini. Kami bertolak dari Politeknik dari 5:30 pagi dan selamat tiba pada 9:30 pagi. 






Kami dibahagikan kepada 8 kumpulan dan telah dibahagikan tugas-tugas mengikut kumpulan masing-masing. Kami menjalankan aktiviti ini dari pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari. Kami mendapat sijil yang dibekalkan dari pihak Zoo Melaka dengan aktiviti perkhidmatan kebersihan ini.


Sebelum berangkat pulang, kami singgah makan malam di Restoran Asam Pedas Pak Man yang popular di Melaka. Kami selamat tiba di Politeknik pada jam 8:30 malam.

DITULIS OLEH: SITI NUREIZZATIBINTI ABDUL RAHIM 
                             (30DLS17F2026)